Saturday 13 March 2010

ALUMRA

posted by Rodiah Halim
APA TU ALUMRA...........?
Cerita dia macam ni....Presiden SMJ Classof 76-80 sapa lagi Mohsin telah dihubungi oleh senior SMJ saudara Zainuddin Idrus atau nama glamour (Koden) pelajar SMJ 72-76 kalau tak salah lagu tu la selepas Koden masuk entry http://smjclassof76.blogspot.com/. Bila sebut Koden ni aku memang kenai sangat...pernah pun kerja sekali kat UUM ni.....tapi wawasan Koden tinggi.....dia dah tinggaikan UUM dan dah berjaya mencapai awan tinggi kat tempat lain.....tinggai aku ja dok setia tang ni.... Koden ni satu group dengan saudara Ahmad Saman (Sila lawat blog beliau) http://www.ibnusamanaljalawi.blogspot.com/ yang pernah menjemput wakil kita melalui Cik Milah untuk menghadiri satu perjumpaan yang di buat di Bendang Kelubi Jitra tahun lepas. Malangnya tak dak wakil kita yang dapat meluangkan masa pada waktu itu...jadi kisah itu berlalu begitu saja. Anyway terima kasih atas pelawaan tersebut insyaallah kami akan penuhi di masa akan datang.

Minggu lepas Mosin habaq dia telah dijemput oleh Koden menghadiri mesyuarat ALUMRA di UTM Jalan Semarak, KL. Kata Mosin baguih sungguh dapat kenai dengan senior-senior ni. Pada hari tu telah dimaklumkan ALUMRA yang didaftarkan ini telah pun diluluskan. ALUMRA ni kira macam satu badan induk bekas pelajar SMJ yang digabungkan dari sub-sub yang kecik-kecik tu. ALUMRA ini adalah persatuan yang terbuka kepada semua bekas pelajar SMJ yang pernah belajar kat SMJ. Mosin kata kita tak ada masalah...semua ahli kita turut menjadi sebahagian dari ALUMRA tapi pada waktu yang sama ALUMNI SMJ Class of 76-80 tetap meneruskan aktiviti dan tidak akan dibubarkan.

Difahamkan ALUMRA telah lama bergerak dan mengadakan pelbagai ativiti sebelum ini. ALUMRA akan mengadakan program "JOM BALIK JITRA" pada bulan Jun 2010. SMJ Class of 76-80 telah dijemput untuk menyertai program ini. So aku pun tak berapa clear tentang ini.......nanti kalau ada maklumat akan dimasukkan news dalam blog kita....yang pasti Mosin bagi tahu satu Jawatankuasa telah ditubuhkan dan kita salah satu AJK yang akan menguruskan jamuan makan yang dianggarkan untuk seribu orang.....

1 comment:

  1. face book ALUMRA telah dilancarkan. sila jengok-jengok sambay bagi input apa yang patut. SU ALUMRA, Mejar Baha baru saja sms saya minta nama-nama ni yg dicadangkan supya konpom untuk mesyuarat JK kerja JOM BALIK SMJ di SMJK, Jitra pada21.03.10 ni jam 10.00 pagi. Mereka ialah Rodiah, Bakri,Aliah, Satirah, Dzambri dan Mazli.

    ReplyDelete