Monday 22 March 2010

Al-Fatihah...

Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali...janji Allah , sekiranya tiba masanya, tidak akan di percepat atau dilambatkan walau sesaat.

Salam takziah buat saudara kita Rosli Che Ros atas kembalinya anakanda Muhd Amir Zaret kepangkuan Allah pada jam 4 pagi tadi. Sekian lama anakanda bertarung dengan penyakit berkaitan masalah darahnya, kita Allahyarhanm dijemput pulang dengan aman. Jenazah anakanda telah disempurnakan di Gombak, tengahari tadi.

Semuga Rosli, isteri dan anak-anak seta saudara mara redha dengan pemergiannya. Setakat itu anakanada dipinjamkan untuk kita saling kasih mengasihi, semuga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sama-samalah kita bersedekah doa dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk kesejahteraan roh Allahyarham anakanada Muhd Amir Zaret.

Al-Fatihah..

1 comment:

  1. Takziah pada Rosli Che Ros atas kembalinya anakanda kesayangan kerahmatullah, semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya..Amin

    ReplyDelete