Sunday 5 February 2012

Tahniah Tuan Presiden SMJ Class of 78-80


Alhamdulillah wa syukuurillah.
Presiden Class of 76-80 thelah di anugerahi pingat Johan Mahkota Wilayah 
SMJ CLASS of 76-80 mengucapkan Tahniah di atas Penganugerahan Bintang Johan Mahkota Wilayah (J.M.W), kepada Presiden SMJ CLASS 0f 76-80 Mohsin Smj. Bangga di atas jasa dalam meletakkan landasan dan asas kukuh dalam pembangunan kaum India Muslim serta seorang pemimpin berjiwa besar, bersemangat waja, gigih berusaha, berpandangan jauh dan berfikiran strategik, ikhlas, setia dan bersungguh-bersungguh dalam setiap tindakan khususnya dalam perjuangannya membela bangsa, agama dan Negara. Begitu juga hendaknya didalam kepimpinan SMJCLASS of 76-80. Amin

Tuesday 6 December 2011

Meriah dengan senyum dan ketawa....

Cikgu Salleh antara yang awal tiba...
Haziah, Zalilah Shariff & Fadzillah Ali menyambut kawan2 sampai
Mohsin la paling sibuk dan di cari setiap orang
Ingat dah lagi...Badrul Hisham Ahmad...Duke of Asun!
Abdul Nazar dan isteri... dah ada cucu youuuuuuu...
ketibaan cikgu Dewi Rosnah dam Piter cikgu Morazuki!

Masih kah kau ingat... Huzin
Cikgu Johari Ibrahim
Syed Amil dan Syed Fadzil
Shaharuddin Thamby... eh! dah aihhh.. Shaharuddin Aziz!
Cikqu Aiyub menten pering dan muda..

Hariza Daud aka Ney dan hubby

Bercinta sampai bila-bila... idola kita..
Goh melayan suami cikgu Haziza

AMARAN...posting ni penuh gambaq saja-saja..

Friday 20 August 2010

Jom.. Grand Re-union Kita

Salam Ramadhan,
semuga kita diberi kekuatan dan kasihsayang Allah memenuhi Ramadhan ini dengan amalan berganda. Usai Ramadhan nanti , kita berhari raya Aidilfitri. Aidilfirti kali ni nampak nya kita nak beraya sakan mengalahkan anak-anak.. Mana daknya...masing-masing dah tak sabaq nak pi re-union terbesar kita yang dah 2 tahun kita rancang....
Kad jemputan dah diedarkan..2 minggu lepas Mohsin , Mahadi , Dillah naik ke Jitra semata-mata nak konvoi kawan-kawan pi hantar kad jemputan kat cikgu.

Jomlah pakat ajak kawn-kawan yang tak pernah kita jumpa join re-union ni...

Thursday 15 July 2010

Ringgit & Sense

uh.. topik cakap omputih sat!!! Apapun reunion besar-besaran kita tinggal 2 bulan bakal menjelma.. Rancak ni... persiapan di belakang tabir!
Tempat dah confirm , menu dah settle...dan kad jemputan akan dihantar tak lama lagi. Kita target akan edarkan kad pada kita semua dua minggu dari sekarang. Doakan segalanya berjalan lancar na....
Dari hari ke hari, makin ramai guru-guru dan kawan-kawan yang kita jumpa. Terbaru saya jumpa Cikgu Arpah dan Cikgu Md Zain.. depa pun teruja nak mai kemajlis re-union raya ni...
Dalam pada tu, kita yang sedang menggerakkan majlis ni masih mengharapkan sumbangan kawan-kawan semua untuk meningkatkan dana kita. Almaklumlah majlis ini sendirian berhad, kita tak menerima sumbangan luar melainkan kutipan yuran dan curahan jariah sahabat-sahabat lingkungan kita. Setakat ini yuran keahlian dan yuran tahunan agak "slow" alirannya..jadi sudilah apa kiranya kita sama-sama tingkatkan dana kita dengan menjelaskan terus / bank in yuran tu ke akaun yang tertera, ataupun menjelaskan terus pada wakil-wakil yang terdekat:
Jitra dan sekitarnya: Rodiah
Penang dan kawasan yg sewaktu dengannya: Jamilah
KL dan sekitarnya : Fadzillah / Zabedah

Terima kasih yang tidak terhingga pada sumbangan yang amat bererti untuk mengeratkan persahabatan kita.

Sunday 23 May 2010

Jom Balik Jitra

Bak kata org tua-tua, sila ooooo sila, jom ramai-ramai kita ambik kesempatan jumpa kawan-kawan lama, guru-guru dan melawat SMJ yang kita sayangi. Ibarat sirih pulang ke gagang....

Sama-sama kita meriahkan majlis tahlil pada 4hb Jun selepas solat maghrib di Surau SMJ.. Ingat dak lagi masa kita di Tingkatan Satu, kita buat Walkathon untuk kutip dana pembinaan suaru dan mini stadium...ohhh nostalgik!

Esok paginya pukul 10 adalah Majlis Pelancaran Alumra di dewan sekolah di kiuti kenduri ala kampung,,,

Harap dapat jumpa ramai lagi kawan-kawan ya...

Tuesday 27 April 2010

Satu masa, satu ketika

Pada satu masa dulu, ada 3 orang kanak-kanak cantik beraksi pada hari sukan sekolah. Mereka sedang menolong guru menyampaikan hadiah. Mereka ialah Normi, Nur Rashidian dan Zurishah.
Ini pula gambar kelas Tingkatan 6A4 ( kalau tak silap)  . Oct 1982.Jelas sekali Robashah dok sembang dengan Joy Ramlie ( aruah ). Syed Ahmad Fadhil, Zulkifli dan Johari Abdul mengadap kamera. Yang toleh belakang tu sapa ya.. aku lupa! Sorry...

Bersiaran dari Seremban

Seperti dirancang sebelum subuh saya dihantar suami ke airport untuk terbang bersama mentari pagi....ke Seremban. Meeting Task Force kali ni bersiaran dari kediaman Robasyah Ismail. Riuh gak kat airport situ.. .. telinga lintahku menangkap gebang orang utara yang riuh, rupanya ramai penyokong Kedah yg fly dari PEN-KUL untuk bola Kedah vs NS malam nanti. ohhh.. I don't care much about the football thingy...One thnig for sure, I skipped breakfast, cuma minum saja. Simpan perut untuk lunch nanti sbb mmg dah tau ... tuan rumah mesti nya masak kaww... kawww punya. Syah memang handal masak sejak zaman anak dara lagi.....
Waktu masih dinihari tadi , Rodiah sudah sms yang dia tak dapat hadir sebab putera tunggalnya ditahan di wad kat KMC kerana athma.. aduhai kesiannya Hakimi. Rodiah rasa bersalah...usah risau pasal meeting ni Diah. Be where you need to be the most. Sebagai ibu yang multi-tasking macam kita ni, we set the priority , FAMILY COME FIRST. Semuga Kimi cepat sembuh dan balik ke sekolah macma biasa.. itu doa semua pakcik -makcik ya.....
Gedebuk gedebak dengan segala yang tak terancang, akhirnya kami sampai ke istana seri menanti!
Sidang kali ini dihadiri oleh
Mohsin
Hj Ilias
Mahadi
Fadzillah
Jamilah
Zabedah ( dan suami En Zabidi)
Azizi
NurRashidiah ( dengan suami En Anuar)
Robasyah ( tuan rumah dengan suami En Anuar Adnan)

Antara yang di bincangkan ialah tentang kutipan yuran.  Puan Bendahari Zabedah membentangkan kutipan yuran yang agak "slow motion". Sudi apalah kiranya kita sama-sama menyumbang untuk tabungan kita kearah Grand Re-union nanti. Boleh saya di bank in terus atau serah pada AJK.
Tempat dan masa telah kita tetapkan; begitu juga bbrp perkara yang bersangkutan telah di persetujui.
InsyaAllah , kita di utara akan melaksanakan tugasan kita sekaligus menolong ALUMRA mengendalikan program JOM BALIK JITRA pada 4-5 June ini.

Shidiah dan Robasyah ada bagi saya gambar kita masa muda-muda dulu..Ada yg saya dah re-shoot tapi siaran tergendala sebentar dengan bbrp perkara yang jadikan perjalanan hidup saya agak "chaos" dalam dua tiga minggu ini. Hujung minggu ni pun kamera saya berjalan-jalan ke Kemboja; jadi re-shooting tertangguh lagi.. Sabaq sat na. Maafkan saya atas kelewatan siaran gambar2 tu .

Jom layan gambar hari tu....
Mahadi kata...sat sat... minum kopi dulu...
Yeth meratah kari kepala ikan...

Thank-you Anuar & Zabidi yang temankan isteri-isteri ....