Thursday 15 July 2010

Ringgit & Sense

uh.. topik cakap omputih sat!!! Apapun reunion besar-besaran kita tinggal 2 bulan bakal menjelma.. Rancak ni... persiapan di belakang tabir!
Tempat dah confirm , menu dah settle...dan kad jemputan akan dihantar tak lama lagi. Kita target akan edarkan kad pada kita semua dua minggu dari sekarang. Doakan segalanya berjalan lancar na....
Dari hari ke hari, makin ramai guru-guru dan kawan-kawan yang kita jumpa. Terbaru saya jumpa Cikgu Arpah dan Cikgu Md Zain.. depa pun teruja nak mai kemajlis re-union raya ni...
Dalam pada tu, kita yang sedang menggerakkan majlis ni masih mengharapkan sumbangan kawan-kawan semua untuk meningkatkan dana kita. Almaklumlah majlis ini sendirian berhad, kita tak menerima sumbangan luar melainkan kutipan yuran dan curahan jariah sahabat-sahabat lingkungan kita. Setakat ini yuran keahlian dan yuran tahunan agak "slow" alirannya..jadi sudilah apa kiranya kita sama-sama tingkatkan dana kita dengan menjelaskan terus / bank in yuran tu ke akaun yang tertera, ataupun menjelaskan terus pada wakil-wakil yang terdekat:
Jitra dan sekitarnya: Rodiah
Penang dan kawasan yg sewaktu dengannya: Jamilah
KL dan sekitarnya : Fadzillah / Zabedah

Terima kasih yang tidak terhingga pada sumbangan yang amat bererti untuk mengeratkan persahabatan kita.

1 comment:

  1. tq..tq...tq..tolong peringat...harap kekawan yang baca can do something...ye..

    ReplyDelete