Tuesday 24 November 2009

Salam Aidil Adha

Salam Pencinta Kebenaran. Semuga kita semua di pelihara Allah dalam keberkatannya.

InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari Jumaat ini; 10 Zulhijjah 1430 bersamaan 27 November 2009 jatuh pada penghulu segala hari.
Kadangkala dalam kita berkorban, segala perkara kita RASA sudah dilakukan dan perkara keburukan ditinggalkan. Namun kita masih tetap diuji......

TINGKATKAN PERNGORBANAN....SUBURKAN KEIKHLASAN......
Pengorbanan Ibrahim patut dicontohi,
ketaatan Ismail wajar diikuti,
kesetiaan Hajar lambang kasih sejati
bersama menghayati erti pengorbana dalam diri.


Bagi yg bermula bercuti...berhati 2 di jalan raya....berjaga-jaga ya... banjir di sana sini.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Sunday 22 November 2009

Perjumpaan Alumni SMJ Tahun 76-80 Kali Ke Tiga

Salam pertemuan sahabat-sahabatku

Alhamdulillah, Allah telah memperkenankan hajat kita untuk bertemu semula. Sila baca laporan lengkap oleh Rodiah Halim...klik saja kat bawah ni....ceritanya lengkap dan meriah dengan gambar. Saya tersenyum sendiri waktu memandu pulang ke Seberang Jaya membelah sunyi malam, terkenang jenaka dan usikan. Benar kata Rodiah, kami puashati menganjur pertemuan ini. Terima kasih yang tidak terhingga pada YB Zulfitri yang menaja tempat dan makanan.
PERJUMPAAN ALUMNI SMJ TAHUN 76 - 80AN KALI KETIGA
TARIKH : 20 NOVEMBER 2009 (JUMAAT)
TEMPAT :DARULAMAN GOLF CLUB, BANDAR DARULAMAN, JITRA, KEDAH
MASA : 8.00 MALAM

Sunday 15 November 2009

Alkisah bermula.....

Re-union meeting went through with a lot of mischief,fun, adventure and hilarous actions. Itulah yang dapat saya rumuskan. Sorry ek, cakap omputih skt.. sikitttt ja.

Rindu menjelmakan hasrat. Tahun lepas saya sungguh-sungguh rindukan Dillah dan Syah. Nombor telefon dah hilang. Satu hari nekad saya hubungi sekolah tempat Robashah mengajar...dari dia saya dapatkan no telefon Fadzillah. Dillah mengucap panjang bila dapat call dari saya. Masing-masing merindu.. bak kata Mahadi pada Dillah... "Milah tak lupa Dillah, cuma tak tau nak cari".. Mungkin masa yang memisahkan, atau kita yang alpa. Padahal kampung Pelubang dengan Banai bukanlah jauh mana.....Tiap-tiap tahun balik beraya..

Di sini, saya hubungi Rodiah dari direktori UUM.. Mengatakan hasrat ingin bertemu. Satu hari impian tercapai jua. Saya di hospital Jitra menjaga ibu mertua, Robashah yang waktu itu balik kampung dan Rodiah datang menziarah saya dan ibu mertua di hospital. Kemudian dengar khabar Shidiah nak balik kampung..maka bermula episod pertmuan di sini...baca di sini ceritanya.
Semangat untuk mengumpul semula teman-teman sekolah semakin membuak bila aruah Napidza Abdullah kembali ke rahmatullah setelah tabah bertarung kanser payudara.
Waktu yang kita ada begitu singkat, sedangkan panggilan untuk pergi tak kembali bila-bila masa akan tiba pada setiap orang antara kita. Waktu ini boleh dikatakan setiap hari, saya, Rodiah, Dillah, Rohaya, Zabedah dan Robasyah beremail- emailan...terasa amat manis menyambung kembali rentak zaman muda-muda.

May 2009...saya khabarkan pada Dillah yang saya akan ke KL. Berlakulah pertemuan kawan-kawan dari chapter KL bertamu di rumah Shidiah...Saya ada kelas hujung minggu di KL, lepas kelas baru dapat join member kat rumah Shidiah di Sungai Merap, Kajang. Kelakar tau bila diingatkan perjalanan itu, naik train dari Mid Valley ke Bangi ( hehehehe....sebenarnya tak pernah naik train tau.. komuter ka apa pun tak pernah.... hahaha.. opppsss ... train ke puncak Penang Hill tu ada la..!!!) Di rumah Shidiah, Mahadi call Cikgu Ismail dan seorang demi seorang bercakap dengan cikgu. Dari situ lah kita merancang...untuk re-union, merealisasikan hasrat Cikgu Ismail untuk bertemu muka melihat anak-anak didiknya...Cerita lanjut..( cuba hampa klik tang ni...)

Aidilfitri tahun ini kita susulkan dengan ziarah yang meriah. Antara ingat dan tidak, antara kenal dan lupa...masih ku ingat merah muka Putat tak ingat siapa aku yang berdiri tersengih-sengih dengan suami dan anak-anak di depan rumahnya...padahal dalam telefon dah bersembang bagai nak rak... Bacala cerita kita pi beraya di blog Rodiah dan blog saya. Klik saja di sini, dan di sana .
Semenjak Syawal 2009, meriah dengan khabar berita. Tiap-tiap hari kita berhubung, Seronoknya menjumpai seorang demi seorang.

Akhirnya, pertama sekali kita bertemu secara resmi kearah reunion di Darulaman Golf , Cafe Classic ( eh, betui ka ejaan ni) Kita rancang pertemuan santai sambil minum kopi, tapi rupanya YB Zulfitri siap menempah makan malam untuk kita
Baca di sini dan di sana untuk laporan ya! Terima kasih yang tidak terhingga pad YB Zulfitri ...

Sejak itu kita tidak menoleh ke belakang. Kawan-kawan Chapter KL mula berkisah bila Mohsin sudi menjadi tuan rumah. Terima kasih pada Mohsin yang bermurah hati menyediakan tempat dan makanan....Hebat pertemuan itu... sampai ada kawan kita tu tidur malam sambil tersenyum-senyum...hehehe.. Baca laporan lengkap wartawan Rodiah tang ni na untuk liputan Realiti Perjumpaan Pra Alumni!