Presiden Class of 76-80 thelah di anugerahi pingat Johan Mahkota Wilayah
SMJ CLASS of 76-80 mengucapkan Tahniah di atas Penganugerahan Bintang Johan Mahkota Wilayah (J.M.W), kepada Presiden SMJ CLASS 0f 76-80 Mohsin Smj. Bangga di atas jasa dalam meletakkan landasan dan asas kukuh dalam pembangunan kaum India Muslim serta seorang pemimpin berjiwa besar, bersemangat waja, gigih berusaha, berpandangan jauh dan berfikiran strategik, ikhlas, setia dan bersungguh-bersungguh dalam setiap tindakan khususnya dalam perjuangannya membela bangsa, agama dan Negara. Begitu juga hendaknya didalam kepimpinan SMJCLASS of 76-80. Amin
Selepas anda tranfer / deposit; sila maklumkan pada Zabedah melalui sms/ call/email 019 313 7895 ~~~~ TERIMA KASIH!~~~~
Salam Sejahtera
Laman ini adalah wadah santai untuk Alumni SMJ, Jitra, Kedah yang masuk Tingkatan Satu pada Tahun 1976 dan tamat dengan SPM pada 1980. Siapa jua anda, di mana jua anda berada, asalkan anda pernah memetakan nama dan kenangan pada bingkai waktu ini di daerah ilmu itu; dengan besar hati dipersilakan menyertai lingkungan ini. Tahun 1976 geng kita besar; dari Tingkatan 1A hingga 1H. Tahun itu adalah tahun pertama perlaksanaan Bahasa Malaysia sebagai perantara seluruh arus perdana.Tahun itu juga lagu resmi SMJ - Ilmu Panduan Hidup di semangatkan pada jatidiri kita sebagai anak dididkan SMJ. Kita lah yang bersemarak berlatih dengan Cikgu Mohd Hasan Ali menyanyikan lagu itu dalam kelas muzik membawa pada perhimpunan. Perbagai cerita kita tinggalkan di sana, tapi kita tidak mampu untuk melupai sesuatu yang pernah memberi kemanisan pada hati....Sudi-sudikan bertamu di laman ini; dan hubungi kami ( senarai di bawah) demi silaturrahim yang bakal kita segarkan....
Perindu rahmah dan hidayahMu, moga cahaya lailatul tak membutakan mataku. Semoga segala puji tak ku meninggi diri moga segala janji dapat juga ku penuhi. Moga dapatku hadapi tikaman dari belakang lidah setajam pisau. Ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur Alhamdulillah Syukur...