Tuesday 27 April 2010

Satu masa, satu ketika

Pada satu masa dulu, ada 3 orang kanak-kanak cantik beraksi pada hari sukan sekolah. Mereka sedang menolong guru menyampaikan hadiah. Mereka ialah Normi, Nur Rashidian dan Zurishah.
Ini pula gambar kelas Tingkatan 6A4 ( kalau tak silap)  . Oct 1982.Jelas sekali Robashah dok sembang dengan Joy Ramlie ( aruah ). Syed Ahmad Fadhil, Zulkifli dan Johari Abdul mengadap kamera. Yang toleh belakang tu sapa ya.. aku lupa! Sorry...

Bersiaran dari Seremban

Seperti dirancang sebelum subuh saya dihantar suami ke airport untuk terbang bersama mentari pagi....ke Seremban. Meeting Task Force kali ni bersiaran dari kediaman Robasyah Ismail. Riuh gak kat airport situ.. .. telinga lintahku menangkap gebang orang utara yang riuh, rupanya ramai penyokong Kedah yg fly dari PEN-KUL untuk bola Kedah vs NS malam nanti. ohhh.. I don't care much about the football thingy...One thnig for sure, I skipped breakfast, cuma minum saja. Simpan perut untuk lunch nanti sbb mmg dah tau ... tuan rumah mesti nya masak kaww... kawww punya. Syah memang handal masak sejak zaman anak dara lagi.....
Waktu masih dinihari tadi , Rodiah sudah sms yang dia tak dapat hadir sebab putera tunggalnya ditahan di wad kat KMC kerana athma.. aduhai kesiannya Hakimi. Rodiah rasa bersalah...usah risau pasal meeting ni Diah. Be where you need to be the most. Sebagai ibu yang multi-tasking macam kita ni, we set the priority , FAMILY COME FIRST. Semuga Kimi cepat sembuh dan balik ke sekolah macma biasa.. itu doa semua pakcik -makcik ya.....
Gedebuk gedebak dengan segala yang tak terancang, akhirnya kami sampai ke istana seri menanti!
Sidang kali ini dihadiri oleh
Mohsin
Hj Ilias
Mahadi
Fadzillah
Jamilah
Zabedah ( dan suami En Zabidi)
Azizi
NurRashidiah ( dengan suami En Anuar)
Robasyah ( tuan rumah dengan suami En Anuar Adnan)

Antara yang di bincangkan ialah tentang kutipan yuran.  Puan Bendahari Zabedah membentangkan kutipan yuran yang agak "slow motion". Sudi apalah kiranya kita sama-sama menyumbang untuk tabungan kita kearah Grand Re-union nanti. Boleh saya di bank in terus atau serah pada AJK.
Tempat dan masa telah kita tetapkan; begitu juga bbrp perkara yang bersangkutan telah di persetujui.
InsyaAllah , kita di utara akan melaksanakan tugasan kita sekaligus menolong ALUMRA mengendalikan program JOM BALIK JITRA pada 4-5 June ini.

Shidiah dan Robasyah ada bagi saya gambar kita masa muda-muda dulu..Ada yg saya dah re-shoot tapi siaran tergendala sebentar dengan bbrp perkara yang jadikan perjalanan hidup saya agak "chaos" dalam dua tiga minggu ini. Hujung minggu ni pun kamera saya berjalan-jalan ke Kemboja; jadi re-shooting tertangguh lagi.. Sabaq sat na. Maafkan saya atas kelewatan siaran gambar2 tu .

Jom layan gambar hari tu....
Mahadi kata...sat sat... minum kopi dulu...
Yeth meratah kari kepala ikan...

Thank-you Anuar & Zabidi yang temankan isteri-isteri ....