Monday 22 March 2010

Al-Fatihah...

Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali...janji Allah , sekiranya tiba masanya, tidak akan di percepat atau dilambatkan walau sesaat.

Salam takziah buat saudara kita Rosli Che Ros atas kembalinya anakanda Muhd Amir Zaret kepangkuan Allah pada jam 4 pagi tadi. Sekian lama anakanda bertarung dengan penyakit berkaitan masalah darahnya, kita Allahyarhanm dijemput pulang dengan aman. Jenazah anakanda telah disempurnakan di Gombak, tengahari tadi.

Semuga Rosli, isteri dan anak-anak seta saudara mara redha dengan pemergiannya. Setakat itu anakanada dipinjamkan untuk kita saling kasih mengasihi, semuga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sama-samalah kita bersedekah doa dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk kesejahteraan roh Allahyarham anakanada Muhd Amir Zaret.

Al-Fatihah..

Thursday 18 March 2010

Yang dok mai.....

Salam semua sahabat dan pengunjung,
Saya check rating meter nampak ramai visitor yang sampai laman ini..antara yang kerap bertandang dari Kuching, JB, London, Japan dan Moscow.. Cuba-cubalah tinggalkan jejak di lamam komen ya.. bak kata orang yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan...

InsyaAllah, ada bbrp perancangan di sebalik tirai yang sedang menikus dibelakang tabir...antaranya:-

21Mac 2010  JAM 10.00 pagi : Mesyuarat Jawatan kuasa ALUMRA di SMJ. Puan Setiausaha Rodiah Halim akan mewakili kita. Susulannya nanti Diah akan update kita. Dengar kabar 10dup dap... dup dap.....

10 April 2010 : Mesyuarat Gerak Kerja Re-Union 76-80. Milah akan terbang dari PEN dan Diah akan terbang dari AOR ke LCCT ; kemudian bertemu boss and the gang kat Seremban. Meeting kat rumah Robasyah.

Jun 2010 : JOM BALIK JITRA anjuran ALUMRA.. Sila lawati blog ini dan blog Rodiah untuk update ya.

11 Sept 2010 : Hari yang kita tunggu-tunggu... Melati Ahmad tulis dlm wall facebook saya... "lama nya... nak tunggu tarikh nak jumpa tu...."
We're working towards it...

Sampai jumpa lagi...semuga sihat, ceria dan dalam perlindungan Allah

Saturday 13 March 2010

ALUMRA

posted by Rodiah Halim
APA TU ALUMRA...........?
Cerita dia macam ni....Presiden SMJ Classof 76-80 sapa lagi Mohsin telah dihubungi oleh senior SMJ saudara Zainuddin Idrus atau nama glamour (Koden) pelajar SMJ 72-76 kalau tak salah lagu tu la selepas Koden masuk entry http://smjclassof76.blogspot.com/. Bila sebut Koden ni aku memang kenai sangat...pernah pun kerja sekali kat UUM ni.....tapi wawasan Koden tinggi.....dia dah tinggaikan UUM dan dah berjaya mencapai awan tinggi kat tempat lain.....tinggai aku ja dok setia tang ni.... Koden ni satu group dengan saudara Ahmad Saman (Sila lawat blog beliau) http://www.ibnusamanaljalawi.blogspot.com/ yang pernah menjemput wakil kita melalui Cik Milah untuk menghadiri satu perjumpaan yang di buat di Bendang Kelubi Jitra tahun lepas. Malangnya tak dak wakil kita yang dapat meluangkan masa pada waktu itu...jadi kisah itu berlalu begitu saja. Anyway terima kasih atas pelawaan tersebut insyaallah kami akan penuhi di masa akan datang.

Minggu lepas Mosin habaq dia telah dijemput oleh Koden menghadiri mesyuarat ALUMRA di UTM Jalan Semarak, KL. Kata Mosin baguih sungguh dapat kenai dengan senior-senior ni. Pada hari tu telah dimaklumkan ALUMRA yang didaftarkan ini telah pun diluluskan. ALUMRA ni kira macam satu badan induk bekas pelajar SMJ yang digabungkan dari sub-sub yang kecik-kecik tu. ALUMRA ini adalah persatuan yang terbuka kepada semua bekas pelajar SMJ yang pernah belajar kat SMJ. Mosin kata kita tak ada masalah...semua ahli kita turut menjadi sebahagian dari ALUMRA tapi pada waktu yang sama ALUMNI SMJ Class of 76-80 tetap meneruskan aktiviti dan tidak akan dibubarkan.

Difahamkan ALUMRA telah lama bergerak dan mengadakan pelbagai ativiti sebelum ini. ALUMRA akan mengadakan program "JOM BALIK JITRA" pada bulan Jun 2010. SMJ Class of 76-80 telah dijemput untuk menyertai program ini. So aku pun tak berapa clear tentang ini.......nanti kalau ada maklumat akan dimasukkan news dalam blog kita....yang pasti Mosin bagi tahu satu Jawatankuasa telah ditubuhkan dan kita salah satu AJK yang akan menguruskan jamuan makan yang dianggarkan untuk seribu orang.....